Aktiviti DO2 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-23

Tarikh: 6 Mei 2017(Sabtu)
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: Kelas C202
Kehadiran: 4/4
Peratus hadiran: 100%

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 8.05a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.10a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah membuat batik.Hari ini kami telah bekerjasama dengan Persatuan Seni untuk menjalankan aktiviti ini.Persatuan mereka telah menyediakan alat yang perlu digunakan seperti kain,canting ,pewarna dan sebagainya.Setelah mendengar pengenalan cara membuat batik,ahli-ahli mula mencorak rupa yang diingini di atas kain.Lepas itu,ahli menggunakan canting untuk melengkapkan sempadan lalu mewarnakannya.Dengan ini ,satu batik yang dicipta sendiri telah siap.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membolehkan ahli berpeluang belajar cara membuat batik yang merupakan traditional orang Melayu .Selain itu,ia juga dapat menambah ilmu pengetahuan ahli-ahli.