Laporan Membuat Batik

Pembelajaran membuat batik telah dilaksanakan pada 27 Februari 2016 (Sabtu) dengan persatuan seni. Seramai 30 orang pelajar telah berkumpul di kelas persatuan seni untuk belajar membuat batik.

Ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia telah bertolak ke kelas Persatuan Seni pada jam 8.00 pagi selepas setiausaha mengambil nama. Guru penasihat Persatuan Seni telah memberikan taklimat dan pengenalan tentang pembuatan batik kepada ahli persatuan kami tepat pada jam 8.30 pagi.  Guru penasihat Persatuan Seni telah menunjukkan beberapa kaedah penting untuk membuat batik dan telah memperkenalkan beberapa bahan yang perlu digunakan untuk membuat batik.

Selepas diberikan taklimat tentang cara yang betul untuk membuat batik, pelajar diberikan peluang untuk melakar lukisan yang diinginkan. Pelajar dibahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan. Setiap pelajar diminta untuk membantu pelajar yang menghadapi kesukaran ketika sedang membuat batik. Ahli Persatuan Seni telah menunjukkan ahli-ahli persatuan kami cara yang tradisional dan cara yang moden untuk membuat batik.

Tepat pada jam 10 pagi, ahli-ahli persatuan telah siap membuat batik masing-masing. Setiap ahli persatuan diminta untuk membawa karya batik mereka ke luar kelas untuk dibiarkan kering. Pembelajaran membuat batik pun tamat pada jam 10.30 pagi. Ahli-ahli persatuan kami telah banyak belajar daripada guru penasihat Persatuan Seni dan ahli-ahli Persatuan Seni.