Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-9

Tarikh: 24 Februari 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah belajar sajak Aku Membaca Lagi. Guru penasihat telah memberikan keterangan tentang sajak ini supaya ahli-ahli persatuan akan lebih memahami sajak tersebut. Sebuah video tentang sajak ini telah ditayangkan supaya ahli-ahli persatuan dapat belajar sebutan perkataan dalam sajak tersebut dengan betul. Ahli-ahli persatuan diberikan nota tentang sajak tersebut supaya dapat lebih memahami isi kandungan sajak Aku Membaca Lagi.  

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ahli-ahli persatuan dalam sajak bahasa Malaysia.