Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-8

Tarikh: 20 Februari 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah menulis karangan.  Ahli-ahli persatuan diminta untuk menulis sebuah perenggan pendahuluan tentang tiga tajuk. Antaranya ialah Langkah-langkah untuk Merapatkan Semangat Kejiranan, Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar dan Kebaikan Bersenam. Ahli-ahli persatuan diberikan beberapa kosa kata yang boleh digunakan dalam membina ayat perenggan pendahuluan sebagai rujukan. Ahli-ahli persatuan digalakkan untuk menulis karangan dengan menggukana perkataan gramatis supaya karangan mereka akan lebih menarik.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ahli-ahli persatuan untuk menulis sebuah karangan yang menarik.