Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-22

Tarikh: 27 Apr 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah membuat latihan tatabahasa. Beberapa helai kertas latihan tatabahasa berkaitan dengan jenis-jenis ayat telah diberikan kepada setiap ahli persatuan. Ahli-ahli persatuan diminta menyiapkan latihan mengenalpastikan jenis ayat serta menukarkan ayat songsang kepada ayat susunan biasa. Guru penasihat telah menjelaskan penggunaan untuk setiap jenis ayat (Ayat Perintah, Ayat Seruan, Ayat Penyata dan Ayat Tanya) supaya ahli-ahli persatuan dapat lebih memahami cara penggunaan jenis ayat yang betul.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan untuk menguasai teknik menjawab soalan latihan tatabahasa.