Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-21

Tarikh: 23 Apr 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah membuat ujian tentang beberapa pengetahuan tentang permainan congkak, warisan budaya Melayu dan wira bangsa Melayu yang telah dipelajari sebelum ini serta latihan tatabahasa. Pelajar diberikan masa untuk membaca nota mereka supaya mereka lebih memahami budaya kaum Melayu. Apabila masa sampai, ahli-ahli persatuan mula menjalani ujian masing-masing. Latihan tatabahasa pula dilakukan bersama-sama di papan putih. Ahli-ahli persatuan diminta untuk menyenaraikan kesalahan tatabahasa di papan putih.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan untuk lebih memahami kebudayaan Melayu.