Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-20

Tarikh: 20 Apr 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah membuat silang kata dan pencarian kata. Setiap ahli persatuan diberikan senaskah majalah Dewan Siswa untuk membuat latihan pencarian kata. Mereka diberikan masa tiga puluh minit untuk menyiapkan latihan tersebut, ahli persatuan yang dapat menyiapkan latihan tersebut akan diberikan ganjaran. Ahli-ahli persatuan juga diberikan masa tiga puluh minit untuk menyiapkan latihan silang kata dengan bersama-sama.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meluaskan kosa kata ahli-ahli persatuan melalui latihan silang kata dan pencarian kata.