Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-18

Tarikh: 13 Apr 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah membuat penulisan karangan perenggan isi. Ahli-ahli persatuan diberikan dua ayat topik untuk tajuk Kebaikan Bersukan, iaitu dapat mengawal berat badan serta dapat meningkatkan stamina diri. Ahli-ahli persatuan diminta menulis dua perenggan isi dengan menggunakan  ayat topik yang diberikan. Guru penasihat telah menulis beberapa kosa kata dan peribahasa yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan karangan perenggan isi di papan putih sebagai bimbingan.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik ahli-ahli persatuan dalam menulis sebuah karangan serta teknik untuk mengembangkan ayat topik.