Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-16

Tarikh: 6 Apr 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah belajar kosa kata. Setiap ahli persatuan diminta untuk menulis lima kosa kata di papan putih dan menerangkan maksudnya dalam bahasa Malaysia serta bahasa Cina. Guru penasihat juga telah memberikan keterangan yang lebih jelas kepada ahli-ahli persatuan untuk setiap kosa kata supaya mereka dapat lebih memahami maksud kosa kata tersebut. Satu contoh bina ayat juga diberikan kepada ahli-ahli persatuan. Ahli-ahli persatuan telah memahami ayat yang sesuai untuk menggunakan kosa kata tersebut. 

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meluaskan kosa kata yang difahami oleh ahli-ahli persatuan.