Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-15

Tarikh: 30 Mac 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah membuat latihan rumusan. Ahli-ahli persatuan diberikan sebuah petikan yang dipilih daripada buku teks Tingkatan 5 untuk membuat rumusan tentang petikan tersebut. Ahli-ahli persatuan diminta mencari 6 isi tesurat daripada petikan tersebut. Guru penasihat telah membimbing ahli-ahli persatuan yang menghadapi kesukaran ketika sedang membuat rumusan.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik ahli-ahli persatuan dalam membuat rumusan.