Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-13

Tarikh: 23 Mac 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah mengenali beberapa wira bangsa Melayu. Antara wira bangsa Melayu yang diperkenalkan kepada ahli-ahli persatuan termasuklah Misbun Sidek, P.Ramlee, Siti Nurhaliza, Lat dan beberapa lagi. Latar belakang setiap wira bangsa Melayu telah ditunjukkan kepada ahli-ahli persatuan dalam PPT. Ahli-ahli persatuan juga berpeluang menonton sebahagian video karya Lat, Kampung Boy untuk lebih mengenali wira tersebut. Video tentang kerjaya Siti Nurhaliza dan lagu yang pernah dinyanyi oleh beliau juga dimainkan.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan untuk lebih memahami beberapa tokoh bangsa Melayu.