Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-42

Tarikh: 17 Ogos 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah menjalankan aktiviti permainan. Ahli-ahli persatuan duduk dalam bentuk bulat supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Ahli persatuan A diminta untuk menyebut jumlah nombor yang bakal ditunjukkan oleh ahli-ahli persatuan yang lain. Sekiranya ahli persatuan A menyebut nombor yang ditunjukkan oleh ahli-ahli persatuan yang lain, dia akan dikenakan hukuman dahinya dipukul oleh jari tangan ahli persatuan yang lain. Ahli persatuan yang kalah paling banyak kali akan dikenakan hukuman yang lain, iaitu menjerit “Saya Cinta Persatuan Bahasa Malaysia” dengan sekuat-kuatnya di luar bilik kelas.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan ahli persatuan antara satu sama lain.