Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-41

Tarikh: 13 Ogos 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah aktiviti membuat latihan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dan belajar peribahasa. Ahli-ahli persatuan diberikan latihan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dan diminta untuk menyiapkan latihan tersebut secara individu. Selepas siap latihan tersebut, ahli-ahli persatuan berbincang jawapan untuk memastikan jawapan yang ditulis itu betul. Ahli-ahli persatuan juga mendapatkan bimbingan daripada guru penasihat apabila kurang pasti dengan jawapan sendiri. Ahli-ahli persatuan kemudian ditunjukkan 50 peribahasa dan maksudnya supaya ahli-ahli persatuan dapat memahami makna peribahasa yang dipelajari.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meluaskan peribahasa ahli-ahli persatuan yang boleh digunakan dalam penulisan karangan.