Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-40

Tarikh: 10 Ogos 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah membuat latihan rumusan dan pemahaman. Ahli-ahli persatuan diberikan sebuah petikan bertemakan Industri Desa. Setiap ahli persatuan diminta menyenaraikan faedah industri desa yang boleh dijumpai dalam petikan dan cara-cara memajukan industri desa pada papan putih. Ahli-ahli persatuan dibenarkan untuk berbincang supaya dapat menyiapkan latihan rumusan dengan cara yang betul. Selepas siap menulis rumusan, ahli-ahli persatuan diminta untuk menjawab soalan pemahaman yang berkaitan tentang petikan tersebut. Guru penasihat telah memberikan bimbingan kepada ahli-ahli persatuan yang kurang memahami soalan.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik ahli-ahli persatuan menjawab soalan rumusan dan pemahaman.