Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-39

Tarikh: 6 Ogos 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%
Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.
Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.
Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah aktiviti pelakonan drama. Ahli-ahli persatuan diminta untuk membaca dan memahami jalan cerita drama Bukan Gila sebelum memulakan pelakonan. Ahli-ahli persatuan telah memilih watak yang ingin dilakonkan untuk setiap adegan. Ahli-ahli persatuan digalakkan untuk menghafal dialog masing-masing. Guru penasihat telah menyaksikan pelakonan ahli-ahli persatuan dan memberikan nasihat supaya ahli-ahli persatuan dapat memajukan teknik berlakon masing-masing.
Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.
Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.
Masa: 10.30a.m.
Bersurai.
Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk memupuk minat ahli-ahli persatuan terhadap drama bahasa Melayu.