Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-37

Tarikh: 30 Julai 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah aktiviti bermain congkak. Ahli-ahli persatuan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai dua orang pemain. Sebelum permainan dimulakan, sebuah video tentang cara-cara yang betul untuk bermain congkak telah ditayangkan. Pemain dalam kumpulan yang sama akan memulakan permainan pada masa yang sama, pemain yang mempunyai lebih banyak guli di dalam “rumah”nya akan menang. Pemain yang telah menang akan bermain dengan pemenang dari kumpulan yang lain itu. Pemenang permainan congkok ini akan diberikan sebuah hadiah misteri sebagai ganjaran.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk memupuk minat ahli-ahli persatuan terhadap permainan tradisional Melayu.