Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-33

Tarikh: 16 Julai 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah aktiviti pembelajaran puisi dan meluaskan kosa kata. Ahli-ahli persatuan diberikan satu puisi bertajuk Gurindam Dua Belas. Setiap ahli persatuan diminta untuk menerangkan maksud rangkap tersebut tanpa merujuk kepada nota. Selepas itu, sebuah petikan telah diberikan kepada setiap ahli persatuan. Ahli-ahli persatuan diminta untuk mencara maksud perkataan yang tidak difahami dengan menggunakan kamus dan menulis maksud perkataan tersebut ke dalam buku latihan.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan memahami cara untuk menerangkan maksud puisi dan meluaskan kosa kata ahli-ahli persatuan.