Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-32

Tarikh: 13 Julai 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah penulisan karangan. Ahli-ahli persatuan diminta untuk menulis sebuah karangan yang bertajuk cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Ahli-ahli persatuan diminta untuk memasukkan beberapa kosa kata dan peribahasa yang telah ditulis pada papan putih. Sebuah contoh karangan juga dipaparkan pada papan putih untuk dijadikan sebagai bahan rujukan ahli-ahli persatuan yang masih lemah dalam penulisan karangan. Guru penasihat juga telah menerangkan maksud beberapa kosa kata dan peribahasa yang agak susah dan cara yang betul untuk menggunakannya dalam karangan.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik penulisan ahli-ahli persatuan serta meluaskan kosa kata dan peribahasa ahli-ahli persatuan.