Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-30

Tarikh: 29 Jun 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah latihan peribahasa dan menonton video tentang pantang larang orang Melayu serta tradisi perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ahli-ahli persatuan diberikan beberapa soalan peribahasa dan diminta untuk menggaris maksud peribahasa kepada peribahasa yang membawa maksud tersebut di papan putih. Guru penasihat juga telah menerangkan maksud peribahasa yang ada pada papan putih kepada ahli persatuan yang masih tidak memahami. Selepas itu, beberapa video tentang pantang larang orang Melayu serta tradisi perayaan Hari Raya Aidilfitri telah ditayangkan di papan putih kepada ahli-ahli persatuan.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan memahami adat resam dan budaya orang Melayu serta meluaskan kosa kata ahli-ahli persatuan.