Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-29

Tarikh: 18 Jun 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah aktiviti membuat kad untuk guru Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri. Kami telah mengira jumlah guru Melayu di sekolah supaya setiap guru yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan mendapat sekeping kad. Kami telah melukis bentuk ketupat pada muka hadapan kad mengikut gambar yang ditunjukkan pada papan putih sebagai rujukan. Kami telah menyiapkan semua keping kad tersebut yang akan dihantar kepada semua guru orang Melayu pada minggu depan.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk menggembirakan guru-guru orang Melayu melalui kad yang dibuat.