Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-28

Tarikh: 15 Jun 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah latihan rumusan dan peribahasa. Ahli-ahli persatuan diberikan sebuah petikan berkaitan tentang pencemaran alam sekitar dan diminta untuk menulis sebuah rumusan tentang tema tersebut. Ahli-ahli persatuan diberikan masa 15 minit untuk berbincang isi tersurat dan isi tersirat sebelum menyiapkan rumusan. Selepas ahli-ahli persatuan menyiapkan latihan rumusan, mereka diberikan beberapa soalan peribahasa dan diminta untuk mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik menjawab soalan rumusan ketika sedang menjawab soalan peperiksaan.