Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-27

Tarikh: 25 Mei 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah latihan mencari kata dan latihan silang kata. Ahli-ahli persatuan ditunjukkan beberapa permainan latihan mencari kata di papan putih dan diminta untuk mencari perkataan yang membawa maksud yang diberikan dalam soalan tersebut. Ahli-ahli persatuan juga diminta untuk membuat latihan silang kata dengan bantuan pembayang yang diberikan dalam soalan. Setiap ahli persatuan diberikan masa sepuluh minit untuk menyiapkan soalan yang dikemukakan.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan untuk meluaskan kosa kata mereka.