Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-26

Tarikh: 14 Mei 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah pertandingan permainan tradisional. Ahli-ahli persatuan diberikan peluang untuk bermain permainan tradisional seperti permainan congkak dan permainan batu seremban. Ahli-ahli persatuan diminta untuk bertanding dalam permainan tradisional. Hukuman bersyair dalam bahasa Malaysia telah dikenakan kepada ahli persatuan yang kalah dalam pertandingan permainan congkak dan permainan batu seremban.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan memahami permainan tradisional dengan lebih baik.