Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-11

Tarikh: 2 Mac 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah belajar peribahasa dan membuat latihan peribahasa. Ahli-ahli persatuan diberikan masa untuk memahami dan membaca makna peribahasa yang tertentu sebelum membuat latihan peribahasa tanpa merujuk kepada nota peribahasa. Selepas memahami makna peribahasa, guru penasihat juga telah mengajar makna dan cara menggunakan peribahasa tertentu. Guru penasihat juga telah membimbing ahli-ahli persatuan yang menghadapi kesukaran ketika sedang menjawab soalan.  

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ahli-ahli persatuan dalam peribahasa bahasa Malaysia.