Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-10

Tarikh: 27 Februari 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30a.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah belajar membuat batik. Ahli-ahli persatuan kami belajar membuat batik dengan persatuan seni. Guru penasihat Persatuan Seni telah menunjukkan beberapa kaedah penting untuk membuat batik dan telah memperkenalkan beberapa bahan yang perlu digunakan untuk membuat batik. Ahli-ahli persatuan kami telah memahami banyak ilmu untuk membuat batik. Kami juga berpeluang untuk membuat batik sendiri. Guru penasihat mereka juga telah membimbing kami apabila kami tidak mengetahui cara yang betul untuk membuat batik yang menarik.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan untuk memahami cara membuat batik.