Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-2

Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-2

Tarikh: 16 Januari 2016
Masa: 7.50a.m.-10.30p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 5/5
Peratus hadiran: 100%

Masa: 7.50a.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 7.55a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 8.00a.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah melihat penyampaian PPT. PPT yang dilihat bertemakan Kebudayaan Melayu. Antara kebudayaan Melayu yang telah dipelajari ialah pakaian tradisional kaum Melayu. Pakaian tradisional kaum wanita orang Melayu termasuklah baju kurung, baju kebaya dan baju batik manakala pakaian tradisional kaum lelaki orang Melayu termasuklah baju Melayu. Guru penasihat telah menjelaskan beberapa perbezaan antara baju kurung dengan baju kebaya supaya ahli-ahli persatuan akan lebih memahami kebudayaan kaum Melayu.

Masa: 10.20a.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 10.25a.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 10.30a.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan untuk lebih mengerti kebudayaan kaum Melayu.