Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-38

Tarikh: 3 Ogos 2016
Masa: 2.50p.m.-4.10p.m.
Tempat: C304
Kehadiran: 4/5
Peratus hadiran: 80%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti dijalankan pada hari ini ialah membuat latihan tatabahasa. Setiap ahli persatuan diberikan sehelai latihan tatabahasa yang mempunyai seratus soalan untuk dijawab. Ahli-ahli persatuan diminta untuk menyiapkan latihan tersebut dalam masa tiga puluh minit. Selepas loceng berbunyi, ahli-ahli persatuan diminta untuk menyebut jawapan mereka mengikut giliran. Ahli persatuan yang dapat menjawab soalan dengan betul harus menjelaskan maksud dan cara penggunaan perkataan atau frasa tersebut kepada ahli persatuan yang lain.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik ahli-ahli persatuan menjawab soalan tatabahasa.