Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-9

Tarikh: 3 Mac 2015

Masa: 2.50pm-4.10pm

Tempat: D103

Kehadiran: 18/21

Peratus hadiran: 85%

Masa: 2.50p.m.

Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.

Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah latihan penterjemahan. Ahli-ahli persatuan telah diberikan beberapa ayat dalam bahasa Cina dan diminta untuk menterjemahkan ayat-ayat tersebut kepada bahasa Malaysia. Guru penasihat telah membimbing ahli-ahli persatuan semasa mereka menghadapi masalah dalam menterjemahkan kata-kata yang lebih susah dan mencabar. Ahli-ahli juga aktif bertanya soalan-soalan ketika menghadapi kesukaran mejawab soalan.

Masa: 4.00p.m.

Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.

Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.

Bersurai.

 

 

 

 

 

Maklumat:

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik ahli-ahli dalam menterjemahkan sebuah ayat yang menarik tanpa sebarang kesalahan supaya ahli-ahli persatuan dapat mendapat keputusan yang cemerlang semasa menghadapi peperiksaan Senior 2 dan Senior 3.

Pendapat:

Saya amat gembira kerana ahli-ahli persatuan dapat menguasai teknik untuk menterjemahkan sebuah ayat yang menarik. Dengan ini, ahli-ahli persatuan tidak akan menghadapi kesukaran ketika sedang membuat soalan sebegini.