Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia ke-18

Tarikh: 28 Apr 2015
Masa: 2.50pm-4.10pm
Tempat: D103
Kehadiran: 20/21
Peratus hadiran: 95%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah permainan Sahiba. Permainan Sahiba merupakan sejenis permainan jalinkata untuk 2 hingga 4 orang. Setiap pemain beradu untuk memperoleh markah secara menjalinkan perkataan di atas papan permainan seperti silangkata. Permainan ini boleh dimainkan dalam Bahasa Malaysia sahaja atau Bahasa Inggeris sahaja atau Bahasa Inggeris menentang Bahasa Malaysia. Setiap ahli telah berjaya menggunakan kata-kata puitis semasa permainan sedang dijalankan.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membina penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mereka supaya dapat meningkatkan tatabahasa masing-masing.

Pendapat:
Saya berharap bahawa ahli-ahli persatuan dapat lebih mudah menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta mempelajari kosa kata yang lebih menarik.