Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-14

Tarikh: 7 Apr 2015

Masa: 2.50pm-4.10pm

Tempat: D103

Kehadiran: 20/21

Peratus hadiran: 95%

Masa: 2.50p.m.

Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.

Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah penulisan rumusan. Ahli-ahli persatuan diminta untuk senaraikan isi tersurat dan menulis sebuah rumusan dalam empat perenggan. Guru penasihat telah mengajar ahli-ahli persatuan cara yang betul untuk menulis perenggan isi tersurat. Ahli-ahli diminta untuk mengelakkan menyalin ayat tersebut dengan bulat-bulat kerana mereka akan ditolak markah sekiranya mereka menyalin ayat-ayat tersebut dengan bulat-bulat.

Masa: 4.00p.m.

Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.

Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.

Bersurai.

 

 

 

 

 

Maklumat:

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik penguasaan ahli-ahli persatuan dalam penulisan rumusan supaya ahli-ahli persatuan dapat menjawab soalan rumusan dengan betul dalam peperiksaan atau latihan harian.

Pendapat:

Saya amat gembira kerana ahli-ahli persatuan dapat mempelajari cara yang betul untuk menulis sebuah rumusan. Dengan ini, ahli-ahli persatuan dapat menjawab soalan rumusan dengan yakin dan mendapat keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan.