Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia Ke-13

Tarikh: 31 Mac 2015

Masa: 2.50pm-4.10pm

Tempat: D103

Kehadiran: 19/21

Peratus hadiran: 90%

Masa: 2.50p.m.

Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.

Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah penulisan rumusan. Guru penasihat telah menyediakan dua jenis soalan rumusan. Antaranya ialah rumusan berbentuk UEC yang disediakan untuk ahli-ahli Tingkatan 6 yang akan menghadapi peperiksaan UEC dan satu lagi ialah rumusan berbentuk SPM yang disediakan untuk ahli-ahli Tingkatan 4 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Ahli-ahli persatuan telah diminta untuk mengaris isi tersurat dan isi tersirat untuk rumusan tersebut. Setiap ahli telah berjaya mengaris isi yang betul.

Masa: 4.00p.m.

Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.

Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.

Bersurai.

 

 

 

 

 

Maklumat:

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk meningkatkan teknik penguasaan ahli-ahli persatuan dalam menulis rumusan supaya ahli-ahli persatuan dapat menjawab soalan rumusan dengan betul dalam masa yang singkat dan tidak akan menghadapi kesukaran dalam peperiksaan atau latihan harian.

Pendapat:

Saya amat gembira kerana ahli-ahli persatuan dapat mempelajari cara yang betul untuk menulis sebuah rumusan. Dengan ini, ahli-ahli persatuan dapat menjawab soalan rumusan dengan yakin dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.