Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-36

Tarikh: 11 Ogos 2015
Masa: 2.50pm-4.10pm
Tempat: D103
Kehadiran:19/21
Peratus hadiran: 90%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah raptai laporan pencapaian persatuan. Ahli-ahli persatuan yang terlibat dalam aktiviti ini amat aktif dan gigih berusaha untuk melaksanakan tugas mereka. Guru penasihat dan pengerusi telah memberitahu kesilapan ahli-ahli persatuan serta membimbing mereka supaya mereka dapat memajukan diri serta mempunyai prestasi yang lebih memuaskan pada raptai yang seterusnya.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk memastikan bahawa ahli-ahli persatuan yang terlibat tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Pendapat:
Saya berharap bahawa ahli-ahli persatuan dapat menginsaf kesilapan mereka supaya mereka tidak akan membuat kesilapan tersebut pada minggu depan.