Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-32

Tarikh: 28 Julai 2015
Masa: 2.50pm-4.10pm
Tempat: D201
Kehadiran:20/21
Peratus hadiran: 95%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah permainan menyepit kacang merah. Permainan ini dijalankan secara dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang. Permainan ini dijalankan secara bergilir-giliran. Setiap ahli-persatuan haruslah menggunakan penyepit untuk menyepit kacang merah dari titik A ke titik B tanpa menjatuhkan kacang merah tersebut. Kumpulan yang berjaya memindahkan semua kacang merah ke titik B dalam masa yang paling singkat ialah pemenang permainan ini.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara kumpulan.

Pendapat:
Saya berharap bahawa ahli-ahli persatuan dapat belajar untuk menyelesaikan sesuatu tugas dengan kerjasama daripada semua individu.