Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-30

Tarikh: 21 Julai 2015
Masa: 2.50pm-4.10pm
Tempat: D201
Kehadiran:18/21
Peratus hadiran: 80%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah latihan membina ayat. Ahli-ahli persatuan telah diberikan beberapa perkataan dan diminta untuk membina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Guru penasihat telah membimbing beberapa ahli persatuan yang lebih lemah dalam bahasa Malaysia untuk memahami maksud perkataan tersebut. Dalam bimbingan guru penasihat, ahli-ahli persatuan telah berjaya membina ayat yang menarik.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan membina ayat dalam struktur yang betul.

Pendapat:
Saya berharap bahawa ahli-ahli persatuan dapat memperluaskan kosa kata masing-masing serta menggunakan kosa kata yang sesuai dalam peperiksaan.