Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-25

Tarikh: 23 Jun 2015
Masa: 2.50pm-4.10pm
Tempat: D103
Kehadiran:20/21
Peratus hadiran: 95%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah latihan pemahaman sajak. Ahli-ahli persatuan diberikan sebuah sajak yang bertajuk Pondok Telefon. Ahli-ahli diminta memahami sajak tersebut seterusnya menjawab soalan yang diberikan. Guru penasihat telah menulis maksud beberapa perkataan di papan putih supaya ahli-ahli persatuan lebih memahami sajak tersebut. Beliau juga telah membimbing ahli-ahli persatuan yang lebih lemah dalam Bahasa Malaysia untuk lebih memahami sajak tersebut.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan memahami sesebuah sajak supaya mereka dapat menjawab soalan peperiksaan sekolah dan SPM.

Pendapat:
Saya berharap bahawa ahli-ahli persatuan dapat menguasai cara yang betul untuk memahami sesebuah sajak dan menjawab soalan tanpa banyak kesukaran.