Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-24

Tarikh: 16 Jun 2015
Masa: 2.50pm-4.10pm
Tempat: D103
Kehadiran:20/21
Peratus hadiran: 95%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah penyampaian PPT. Ahli-ahli persatuan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sebuah tema, ahli-ahli kumpulan diminta membuat penyampaian tentang tema yang diberikan di depan kelas. Ahli-ahli persatuan diberikan masa lima puluh limit untuk berbincang secara berkumpulan. Ahli-ahli persatuan amat aktif ketika perbincangan diadakan. Guru penasihat juga memberikan bimbingan ketika ahli-ahli persatuan menghadapi kesukaran untuk memahami tema tersebut.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli persatuan lebih memahami gaya hidup dan budaya negara kita serta mempelajari untuk mengamalkan sikap kerjasama antara ahli kumpulan.

Pendapat:
Saya berharap bahawa ahli-ahli persatuan dapat lebih memahami gaya hidup dan budaya kaum negara kita dan akan mempunyai keyakinan diri untuk bertutur di depan kelas.