Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia Ke-23

Tarikh: 26 Mei 2015
Masa: 2.50pm-4.10pm
Tempat: D103
Kehadiran:20/21
Peratus hadiran: 95%

Masa: 2.50p.m.
Aktiviti persatuan bermula.

Masa: 2.55p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 3.00p.m.
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah latihan rumusan. Ahli-ahli persatuan telah diberikan sebuah petikan rumusan dan disuruh untuk menyiapkan rumusan tersebut. Ahli-ahli persatuan diminta untuk senaraikan isi tersurat dan menulis sebuah rumusan dalam empat perenggan. Guru penasihat telah mengajar ahli-ahli persatuan cara yang betul untuk menulis perenggan isi tersurat. Ahli-ahli diminta untuk mengelakkan menyalin ayat tersebut dengan bulat-bulat kerana mereka akan ditolak markah sekiranya mereka menyalin ayat-ayat tersebut dengan bulat-bulat.

Masa: 4.00p.m.
Aktiviti persatuan telah tamat.

Masa: 4.05p.m.
Setiausaha mengambil nama.

Masa: 4.10p.m.
Bersurai.

Maklumat:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini bertujuan untuk membina penguasaan bahasa Malaysia mereka serta meningkatkan teknik ahli-ahli dalam penulisan rumusan.

Pendapat:
Saya berharap bahawa ahli-ahli persatuan dapat menguasai cara yang betul untuk menjawab soalan rumusan serta dapat meningkatkan tatabahasa mereka.