Aktiviti D02 Persatuan Bahasa Malaysia ke-2

 

Tarikh      : 24-1-2015

Masa       : 10.50am

Tempat   : D105

Kehadiran: 19/21

Peratus keha8iran: 90.5%

 

Aktiviti yang dijalankan:

 

Masa: 10.58am

Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia bermula.

 

Masa: 11.00am

Setiausaha mula mengambil nama.

 

Masa: 11.05am

Aktiviti hari ini ialah bermain congkak. Pada mula-mulanya, ahli-ahli akan dibahagikan kepada 3 hingga 4 orang sekumpulan. Salah seorang ahli akan mengagihkan guli-guli kepada setiap kumpulan berdasarkan lubang yang terpahat pada congkak masing-masing . Setiap ahli akan diberi peluang untuk bermain permainan traditional ini dan bermain bergilir-giliran dan akhirnya sesiapa yang mempunyai guli yang banyak dianggap sebagai pemenang.

 

Masa: 12.00pm

Aktiviti tamat. Ahli-ahli mengemaskan kelas.

 

Masa: 12.05pm

Setiausaha mengambil nama.

 

Masa: 12.10pm

Bersurai.

 

Maklumat:

 

Aktiviti ini dijalankan untuk memperkenalkan permainan tradisional ini kepada ahli-ahli. Dengan ini, ahli-ahli boleh mengenali dan mengetahui cara untuk bermain congkak.

 

Pendapat:

 

Selepas menjalankan aktiviti ini, saya berharap bahawa hubungan antara semua ahli boleh dieratkan lagi dan memahami budaya permainan ini.