Tarikh: 11 Mei 2010
Masa: 2.50pm- 4.30pm
Pensyarah bagi bengkel ini ialah Encik Saifullizan Yahaya. Beliau telah menerangkan bagaimana kita boleh menulis sebuah sajak yang baik. Pertamanya, beliau menerangkan definasi sajak. Sajak ialah sebuah hasil moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan seumpamanya. Beliau juga mengatakan bahawa secara umum untuk menghasilkan sesebuah sajak yang baik, empat unsur ramuan asas mesti ada, iaitu:
I. Pemikiran
II. Perasaan
III. Nada
IV. Gaya
Beliau juga telah menyediakan beberapa buah sajak daripada Usman Awang untuk kita hayatinya.